Hi! Welcome Back and Stay Tune! Masalah Banjir Di Batu Kawa Dan Batu Kitang Akan Diatasi Dengan Siapnya Projek Tebatan Banjir Bernilai RM30 Juta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Masalah Banjir Di Batu Kawa Dan Batu Kitang Akan Diatasi Dengan Siapnya Projek Tebatan Banjir Bernilai RM30 Juta

KUCHING - Masalah banjir yang sering membelenggu penduduk di Batu Kawa dan Batu Kitang akan di atasi dengan pembinaan projek tebatan banjir yang akan bermula tahun ini.

Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang berkata MPP telah menerima hampir RM30 juta daripada kerajaan negeri Sarawak bagi melaksanakan projek tersebut.

“Kami sekarang dalam proses mengenal pasti kawasan untuk melaksanakan projek ini. 

“Mungkin enam atau tujuh projek akan dilaksanakan dengan menumpukan kawasan yang terjejas teruk iaitu di Batu Kawa dan Batu Kitang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat MPP di sini, semalam. 

Lo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian kerana meluluskan peruntukan kepada MPP untuk melaksanakan projek tebatan banjir itu. 

Jelas beliau, masalah banjir merupakan isu yang menjadi kebimbangannya dan merupakan antara isu yang mahu diselesaikannya segera.

“Saya sangat gembira, selama ini saya asyik bercakap tentang mengatasi banjir dan akhirnya mendapat sokongan daripada kerajaan,” katanya lagi.

 

Menerusi pembinaan tebatan banjir ini nanti membolehkan kejadian banjir yang sering berlaku setiap tahun itu dapat diatasi sekali gus mengurangkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. -Friends KLXpress Sarawak



Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pacAjY

✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.