Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelajar UMT Maut Digilis Bas Bakal Berkahwin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelajar UMT Maut Digilis Bas Bakal Berkahwin

Impian seorang lelaki menikahi wanita pilihan hati tidak lama lagi tak kesampaian apabila bakal isterinya maut digilis bas ekspres akibat terjatuh selepas motosikal ditunggangi

Marang: Impian seorang lelaki menikahi wanita pilihan hati tidak lama lagi tak kesampaian apabila bakal isterinya maut digilis bas ekspres akibat terjatuh selepas motosikal ditunggangi terbabas dalam kemalangan di Kampung Rhu Rendang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.20 petang, Amira Farhana Abdul Rahman, 24, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

Penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Azmi Safuan Ahmad, 23, berkata, walaupun kehilangan tunangnya secara mengejut, dia reda dengan ketentuan Allah.

Menurutnya, dia dan pasangannya yang juga bekas Setiausaha Kerja Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) Kebangsaan bertunang sembilan bulan lalu sebelum merancang bernikah Mac tahun depan.

“Kami sepatutnya bersama hari ini (semalam) untuk mengendalikan program bersama anak yatim di Asrama Anak Yatim Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di Batu Rakit, Kuala Nerus, tetapi Allah lebih menyayanginya dan menjemputnya terlebih dulu,” katanya di rumah mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, di sini, awal pagi semalam.

Katanya, kali terakhir dia menghubungi tunangnya pagi kelmarin untuk memberitahu bahawa dia tiba di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu jam 5.30 pagi.

“Saya pulang ke Kuala Terengganu kerana mahu bersama arwah menyertai program bersama anak yatim sebagai tanda sokongan. Ketika menghubunginya waktu itu, arwah memberitahunya dia letih dan mengantuk kerana tidak tidur disebabkan menyelesaikan banyak tugasan universiti.

“Ketika itu, saya tidak menyangka perbualan kami adalah yang terakhir sebelum dia pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya,” katanya.

Amira yang juga penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) aktif dalam program kemasyarakatan anjuran PERMATA dan kerajaan negeri.

Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala.

“Kemalangan berlaku apabila motosikal ditungganginya terbabas dan terjatuh sebelum digilis bas ekspres ketika menghampiri persimpangan lampu isyarat Kampung Rhu Rendang 15 kilometer dari Kuala Terengganu,” katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pwQXLn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.