Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengguna Samsung Galaxy S8 Melaporkan Masalah Menggunakan Pengecas Tanpa Wayar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengguna Samsung Galaxy S8 Melaporkan Masalah Menggunakan Pengecas Tanpa Wayar

Samsung Galaxy S8 dan S8+ kedua-duanya diiklankan menyokong sistem pengecasan tanpa wayar. Ini bukanlah fungsi baru dan telahpun disokong peranti keluarga Galaxy S sejak S4 melalui aksesori tambahan. Namun kini sebilangan pengguna Galaxy S8 melaporkan masalah menggunakan sistem pengecasan tanpa wayar.

Masalah ditemui apabila S8 cuba dicas menggunakan pengecas tanpa wayar generasi lama seperti yang hadir dengan S7 tahun lalu. Peranti tidak akan mengecas sebaliknya mesej ” wireless charging paused” terpapar pada skrin. Pada talam notifikasi pula mesej “irregular charging detected” dipaparkan.

Antara teori mengapa ini berlaku ialah kerana format pengecasan yang berbeza digunakan pada S8. Bagi mengelakkan masalah bateri Note 7 berulang, hanya pengecas tanpa wayar terbaru yang dilancarkan bersama S8 boleh digunakan buat masa ini. Pihak Samsung masih belum memberikan kenyataan rasmi mengenai masalah ini.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pZpuQh

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.