Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pesakit ini dibenar bawa telefon ketika dibedah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pesakit ini dibenar bawa telefon ketika dibedah

Sinar Harian
Pesakit ini dibenar bawa telefon ketika dibedah
Zhu mengambil gambar dan melayari internet ketika dibedah. - Foto Qq.com
BEIJING - CHINA. Seorang pesakit warga emas di timur China dibenarkan menggunakan telefon bimbit ketika menjalani pembedahan.

Pesakit, Zhu dibenarkan membawa telefon bimbit ke dalam bilik pembedahan kerana doktor mahu dia berasa lebih tenang ketika menjalani pembedahan di hospital di Hangzhou, wilayah Zhejiang, lapor City Express.

Zhu melayari internet dan turut dilihat mengambil gambar doktor dan jururawat ketika menjalani pembedahan kaki yang mengambil masa 18 minit.
"Saya rasa tenang dan tidak berasa gementar," katanya.
Zhu berumur 69 tahun  mengalami "vena varikos" di kaki lebih daripada satu dekad.

Sebelum bersara, dia adalah seorang pekerja mahir yang memerlukannya berdiri di tempat kerja.
Doktor memberitahu akhbar itu, pesakit biasanya tidak dibenarkan untuk membawa peranti mudah alih mereka ke dalam bilik pembedahan, tetapi Zhu berasa sangat cemas sebelum pembedahan dan menyebabkan mereka melonggarkan peraturan agar dia berasa selesa.

Pembedahan hanya memerlukan bius di satu tempat sahaja dan Zhu akan sedar sepanjang pembedahan.

Kata doktor, telefon Zhu telah disterilkan sebelum masuk ke dewan pembedahan.
Zhu berkata, dia berjalan keluar dari bilik itu sendiri selepas pembedahan dan dibenarkan keluar dari hospital pada hari yang sama.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pxzzqK

✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.