Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spurs Pamer Kebangkitan Menakjubkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spurs Pamer Kebangkitan Menakjubkan

SON Heung-Min (kiri) muncul wira Tottenham Hotspur selepas muncul selaku watak penting menghidupkan semula pasukan ketika memastikan kemenangan dramatik 3-1 ke atas Swansea City, awal pagi tadi. Swansea menetang Tottenham Hotspur di stadium Liberty. – Foto Reuters

SWANSEA: Son Heung-Min muncul wira Tottenham Hotspur selepas muncul selaku watak penting menghidupkan semula pasukan ketika memastikan kemenangan dramatik 3-1 ke atas Swansea City, awal pagi tadi.

Ketika aksi berbaki 10 minit, skuad kendalian Mauricio Pochettino berada dalam situasi bahaya selepas ketinggalan dengan satu gol hasil jaringan Wayne Routledge.

Namun kelab dari utara London itu nyata tidak mudah berputus asa dan hasilnya Dele Alli menyamakan kedudukan sebelum penyerang Korea Selatan itu meledak gol kedua pada masa tambahan.

Seterusnya, Christian Eriksen melengkapkan kemenangan Spur dan kini masih berpeluang untuk mengatasi Chelsea sebagai pendahulu ketika musim ini masih berbaki lapan perlawanan.

Kekalahan itu menyaksikan Swansea terjerumus ke zon penyingkiran dan kini hanya dipisahkan dua mata dengan kedudukan lebih selamat.

Terdahulu, Spurs sepatutnya sudah mendahului permainan seawal 40 permainan dimulakan namun rembatan Son dihalang Federico Fernandez sebelum Alfie Mawson pantas mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Jordan Ayew bekerja keras cuba memasuki kotak penalti sebelum membuka ruang buat Routledge menolak masuk gol pendahuluan.

Tottenham mempertingkatkan asakan namun terpaksa menunggu ke hujung permainan untuk kembali menyamakan kedudukan sebelum dilengkapkan gol kedua daripada Son. – AFP

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oFxkRt

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.