Hi! Welcome Back and Stay Tune! Teknologi Pengenalan Wajah Digunakan Facebook Bagi Menghalang Muat Naik Gambar Lucah Untuk Membalas Dendam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Teknologi Pengenalan Wajah Digunakan Facebook Bagi Menghalang Muat Naik Gambar Lucah Untuk Membalas Dendam

Jatuh dan putus cinta ialah resam anak muda. Bagi insan yang dihancurkan hatinya mereka boleh melakukan tiga perkara. Pertama ialah berdiam diri sebagai tanda redha. Kedua ialah muat naik status memaki hamun bekas kekasih. Langkah ketiga ialah langkah paling tidak lelaki budiman iaitu memuat naik gambar lucah bekas kekasih ke laman media sosial bagi membalas dendam.

Masalah ini bukanlah fenomena baru dan bertambah teruk. Tahun lalu tular akaun Facebook dan Instagram seorang gadis yang dipenuhi imej lucah yang dibuka oleh bekas teman lelaki. Apabila ini berlaku mangsa hanya mampu menahan malu dan gambar tersebar ke seluruh pelosok internet.

Facebook cuba mengurangkan kebarangkalian masalah ini dari berlaku dengan mudah dan menyekat penyebaran gambar lucah bagi membalas dendam ini pada perkhidmatan yang ditawarkan mereka. Apabila gambar dimuat naik pengguna boleh melaporkannya kepada Facebook. Mereka kemudian akan memadam gambar dan memasukkan wajah mangsa ke dalam pangkalan data. Sistem pengenalan wajah kemudian akan memantau gambar yang sama dari dimuat naik semula menerusi Facebook, Instagram dan Messenger. Akaun mereka yang memuat naik gambar pula akan serta merta digantung.

Pada masa yang sama Facebook akan menghulurkan bantuan kepada mangsa dengan memberikan mereka akses kepada NGO berkaitan. Platform media sosial harus digunakan dengan bijak. Mungkin sudah tiba masanya keselamatan di atas talian diajar kepada anak muda kerana reputasi dan masa depan mereka boleh malap apabila tersalah langkah.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nMK9W4

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.