Hi! Welcome Back and Stay Tune! ABM : Sebaran Gangguan Perkhidmatan Perbankan Kerana Ransomware Di Laman Sosial Adalah Palsu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ABM : Sebaran Gangguan Perkhidmatan Perbankan Kerana Ransomware Di Laman Sosial Adalah Palsu

Sepanjang hari ini, mungkin ada di antara anda yang menerima mesej melalui WhatsApp, Facebook dan sebagainya mengatakan ia adalah bahaya menggunakan perkhidmatan perbankan ATM mahupun secara atas-talian disebabkan oleh ransomware WannaCrypt. Bercakap mengenainya, pihak ABM (Association of Banks in Malaysia) mengumumkan hal ini adalah palsu.

ABM mengatakan semua perkhidmatan beroperasi seperti biasa buat masa ini. Walaupun mungkin terdapat beberapa ATM yang tidak berfungsi, ia adalah kerana penyelenggaraan yang biasa, dan bukannya gangguan disebabkan oleh ransomware seperti yang tersebar di laman-laman sosial.

Ia turut ditekankan yang mana semua bank komersial mengambil sekuriti sebagai salah satu perkara utama, dan sentiasa mengatasi pelbagai risiko berkaitan.

Sepanjang minggu ini, salah satu ransomware yang hangat diperkatakan dan menyerang sejumlah besar komputer diseluruh dunia adalah WannaCrypt. Ransomware ini menyerang dan membuatkan komputer pengguna tidak boleh digunakan sehinggalah membayar sejumlah tebusan – sebelum dapat mengakses dan menggunakan fail serta dokumen didalamnya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qrc5CX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.