Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua Lelaki Maut Cuba Selamatkan Dua Wanita Islam. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua Lelaki Maut Cuba Selamatkan Dua Wanita Islam.

Dua lelaki maut dalam cubaan menghentikan serangan Islamophobia ke atas dua wanita beragama Islam,

Dua lelaki maut dalam cubaan menghentikan serangan Islamophobia ke atas dua wanita beragama Islam, di Amerika Syarikat semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, polis Oregon, kedua-dua mangsa ditikam oleh seorang lelaki di dalam sebuah tren komuter manakala seorang lagi penumpang cedera dalam serangan yang berlaku kira-kira 4.30 petang waktu tempatan (7.30 pagi waktu Malaysia).

Seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital.

Polis mengenal pasti suspek sebagai Jeremy Joseph Christian, 35 tahun ditahan dan didakwa dengan kesalahan membunuh, cubaan membunuh, mengugut dan memiliki senjata api terlarang.

“Suspek dalam keadaan tidak stabil dimana beliau sering menjerit dan meracau-racau apabila ada orang mendekatinya.

“Beberapa orang kemudiannya diserang oleh suspek menyebabkan dua maut dan seorang lagi cedera,”kata Sarjan Pete Simpson.

Sementara itu, salah seorang ibu kepada dua wanita yang diganggu suspek, Dyjuana Hudson mendakwa penyerang tersebut sempat berkata sesuatu yang teruk.

“Penyerang berkata bahawa orang Islam patut mati dan mereka telah membunuh orang Kristian bertahun lamanya,” katanya.-Sinar Harian



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s9PcSp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.