Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua maut dalam insiden letupan di Jakarta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua maut dalam insiden letupan di Jakarta

JAKARTA: Dua disahkan maut dalam kes letupan bom di Terminal Kampung Melayu, Jakarta Timur, Indonesia pada jam 9 malam waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia), lapor media antarabangsa.

Laporan awal mengatakan dua ledakan yang berselang lima minit itu terjadi di tandas bangunan terminal.

Saksi kejadian melihat terdapat anggota tubuh yang berkecai di lokasi letupan, berdekatan kawasan parkir motosikal.

Seorang anggota polis mengalami luka di bahagian kepala, dan enam lagi orang awam turut cedera.

Sementara itu, pihak berkuasa dan ambulans sudah bergegas ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan, memandangkan ramai penduduk kampung cuba mendekati kawasan itu untuk melihat keadaan tersebut.

Portal berita Detik News melaporkan, bebrapa mangsa yang cedera sudah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ketika ini, anggota keselamatan bersenjata juga dilihat mula membuat kawalan dan rondaan di sekitar lokasi kejadian.

Letupan itu antara lain menyebabkan terminal bas TransJakarta Kampung Melayu itu musnah teruk, dengan kaca yang berselerakan di sekitar radius ledakan.




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rQIMZ0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.