Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hafizh Syahrin muncul juara Moto2 Eropah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hafizh Syahrin muncul juara Moto2 Eropah

KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah memperagakan aksi cemerlang untuk memenangi Kejuaraan Moto2 Eropah pada pusingan pertama perlumbaan antarabangsa FIM CEV Repsol di Litar Albacete, Sepanyol, Ahad.

Pelumba Petronas Raceline Malaysia itu, yang memulakan perlumbaan dari petak pertama, berjaya merekodkan kemenangan dengan catatan masa 31 minit 13.926 saat, sekali gus meninggalkan pesaing tuan rumah, Hector Garzo di kedudukan kedua dengan perbezaan masa 5.016s.

Tempat ketiga dalam perlumbaan 20 pusingan itu dimenangi oleh seorang lagi pelumba tuan rumah, Augusto Fernandez yang mencipta masa 31:21.269s.

Kejayaan itu menyaksikan pelumba Malaysia berusia 22 tahun itu mendahului saingan dengan 25 mata diikuti Garzo (20 mata) manakala Fernandez di tangga ketiga dengan 16 mata.

Pusingan kedua akan berlangsung di Litar Catalunya di Barcelona dari 16 hingga 18 Jun ini.

Hafizh menyifatkan kemenangan itu sebagai inspirasi untuk menampilkan persembahan baik menjelang pusingan keempat Kejuaraan MotoGP Dunia di Litar Jerez, Sepanyol, Ahad ini.

"Saya amat gembira dengan usaha pasukan melakukan persediaan rapi dan ini memberi keyakinan tinggi untuk perlumbaan hujung minggu ini.

"Walaupun sesi latihan dalam keadaan litar yang basah tetapi berjaya mengawal keadaan pada sesi pemanas badan,"katanya seperti dipetik dalam laman web kejohanan website;www.fimcevrepsol.com.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2quAsN6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.