Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isteri polis ‘culik’ diri sendiri, suami sebenarnya tak komplot - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isteri polis ‘culik’ diri sendiri, suami sebenarnya tak komplot

Kes ‘menculik’ diri sendiri semakin menjadi-jadi di negara ini dan terkini, isteri seorang polis berpangkat konstabel menerima padah apabila direman selama empat hari bermula Rabu.

Majistret Mohd. Fitri Sadaruddin membenarkan perintah reman terhadap wanita berusia 40-an itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah, Perak.

Baca artikel sebelum: Nak lari hutang, Anggota polis sanggup buat laporan palsu isteri diculik bangla sedangkan dia sempat main badminton

Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dan Seksyen 182 kanun sama kerana membuat keterangan palsu.

Terdahulu, wanita itu tiba di pekarangan IPD Batu Gajah pada pukul 9.30 pagi dengan memakai baju lokap berwarna ungu diiringi dua anggota polis wanita.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah menafikan dakwaan awal tersebut dan menjelaskan bahawa suami suspek turut diperdaya oleh wanita itu.

“Pada hari kejadian, suspek telah menghantar gambar kepada suaminya yang menunjukkan dia diikat dan mendakwa sudah dilarikan orang selain menghantar pesanan suara untuk meminta tolong.

“Suaminya yang bimbang akan keadaan isterinya membuat laporan polis sehari kemudian di IPD Perak Tengah. Bagaimanapun polis berjaya menemui suspek pagi Selasa ketika dia sedang bekerja di sebuah Taska di Shah Alam,” katanya.

Isnin lalu mStar Online melaporkan, sepasang suami isteri tergamak membuat laporan palsu mendakwa diculik warga asing kerana dipercayai terdesak untuk melepaskan diri daripada hutang.

Kisah pasangan itu mula tular selepas seorang pemilik laman sosial Facebook, Hafiz Retro memuat naik beberapa paparan skrin Whatsapp dan Facebook Messenger mengenai kejadian culik tersebut.
Sumber: MStar



Sumber Isteri polis ‘culik’ diri sendiri, suami sebenarnya tak komplot

from Trending Now http://ift.tt/2qTNUhq

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.