Hi! Welcome Back and Stay Tune! JELASKAN KEDUDUKAN ARUL KANDA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JELASKAN KEDUDUKAN ARUL KANDA

SHAH ALAM – Kementerian Kewangan diminta memberikan penjelasan mengenai kedudukan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy yang telah hilang jawatan sebagai lembaga pengarah dalam dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd dan TRX City Sdn Bhd.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, semua rakyat ingin tahu apakah punca sebenar Arul Kanda sebagai orang yang penting dalam isu 1MDB secara tiba-tiba disingkirkan dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd dan TRX City Sdn Bhd.

“Saya tidak mahu membuat sebarang andaian, oleh itu, saya harap kementerian kewangan dapat memberikan penjelasan mengenainya secepat mungkin,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Oriental Daily.

Menurut Tony, Arul Kanda hilang jawatan lembaga pengarah dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd dan TRX City Sdn Bhd selepas perjanjian jualan saham Bandar Malaysia dibatalkan.
“Oleh itu, saya percaya ia berlaku bukan satu kebetulan. Saya tertanya-tanya apakah beliau mungkin akan hilang jawatan dalam 1MDB sedikit masa lagi?,” soalnya.

Kata Tony lagi, beliau percaya akan ada lebih banyak berita menarik akan berlaku tidak lama lagi selepas penyingkiran Arul Kanda sebagai lembaga pengarah.

Arul Kanda sehingga hari ini masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai penyingkirannya itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau hanya mampu menyerahkan kepada kementerian kewangan bagi menentukan kedudukannya di dalam kedua-dua syarikat berkenaan.

– SH

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pmNW1p

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.