Hi! Welcome Back and Stay Tune! KAFA akan buat rayuan berhubung pemotongan mata - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KAFA akan buat rayuan berhubung pemotongan mata

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan membuat rayuan terhadap Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung pemotongan mata yang dikenakan terhadap Kelantan semalam.

Penasihatnya, Tan Sri Annuar Musa berkata tindakan pemotongan mata dilihatnya tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sesuatu persatuan, bahkan hanya memberi lebih tekanan kepada pihak pengurusan dan pemain.

"Jika mereka sentuh soal hutang, kenapa bekas pemain pertahanan Selangor, S. Subramaniam yang kini beraksi dengan Kelantan mengadu beliau masih belum menerima bayaran enam bulan gaji daripada bekas majikannya itu.

"Kenapa hal itu seolah-olah ditutup, bukankah ia perkara dan situasi yang sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Larian Bendera Sempena Sambutan Ulang Tahun ke -71 UMNO di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), di sini, hari ini.

Semalam, FMLLP mengumumkan dua pasukan Liga Super - Kelantan dan T-Team antara empat pasukan yang dikenakan hukuman pemotongan enam mata berkuat kuasa serta merta ekoran kegagalan melengkapkan pengesahan penyertaan pertandingan liga berkenaan yang berakhir pada Disember 2016.

Sementara dua pasukan Liga Perdana, Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menerima nasib yang sama setelah gagal menyelesaikan masalah berkenaan dalam tempoh ditetapkan.

Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net) Mahizi Mahmood berkata pihaknya melihat tindakan terbabit sebagai jalan singkat dalam menangani masalah yang berlaku dalam KAFA.

"Walaupun tindakan itu satu tindakan tegas dan berani yang dikenakan kepada Kelantan namun bagi saya, FMLLP memerlukan satu penyelesaian dan keadah yang bersesuaian.

"Ia hanya memberikan lebih tekanan kepada pihak yang dikenakan tindakan walaupun tindakan itu satu pengajaran kepada pasukan lain dan KAFA sendiri," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oWQHXb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.