Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kaka Azraff Tak Minat Buat Bisnes - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kaka Azraff Tak Minat Buat Bisnes

Senario artis terlibat dalam bidang perniagaan bukan lagi perkara baharu sebaliknya ia telah menjadi kebiasaan dalam kalangan selebriti pada hari ini.

Kuasa media sosial juga membuatkan ramai mengambil kesempatan untuk mengeluarkan atau menjual produk dalam menambahkan pendapatan dan tidak lagi hanya bergantung harap kepada lakonan atau pun nyanyian semata-mata.

Tetapi lain pula bagi penyanyi Bukan Hal Aku iaitu Kaka Azraff yang tidak berminat menceburi bidang perniagaan seperti mana rakan artis lain.

Kata Kaka, 27, perhatian dan keutamaannya kini adalah seratus peratus kepada bidang muzik kerana masih banyak perkara belum dicapainya sebagai penyanyi.

“Jika tanya saya, memang saya tidak berminat dengan bisnes seperti kebanyakan rakan-rakan artis lain kerana ia memerlukan perhatian cukup tinggi.

“Saya tiada perancangan ke arah itu (sekurang-kurangnya buat masa ini) kerana perhatian saya sekarang adalah kepada cinta pertama saya iaitu muzik,” katanya.

Jelas pemilik nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff ini lagi, visinya terhadap bidang seni sangat tinggi dan sudah menjadi cita-citanya untuk membina empayarnya suatu hari nanti.

Dalam masa terdekat kata Kaka, dia ingin merialisasikan impiannya untuk tampil dengan sebuah album penuh selepas hanya menghasilkan single.

“Perhatian sya adalah untuk hasilkan album, adakah konsert dan berkolaborasi dengan lebih ramai penyanyi-penyanyi selain membawa karier nyanyian ke tahap lebih tinggi.

“Dengan situasi industri sekarang harus saya akui ia bukan mudah tetapi itu bukan halangan malah sebagai penyanyi saya harus positif dan mengambil ia sebagai cabaran,” ujarnya.

The post Kaka Azraff Tak Minat Buat Bisnes appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pBA4ML

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.