Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-Kanak Lelaki Berusia 2 Tahun Maut Akibat Pankreas Terkoyak Dan Patah Tulang Rusuk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-Kanak Lelaki Berusia 2 Tahun Maut Akibat Pankreas Terkoyak Dan Patah Tulang Rusuk

KAJANG, SELANGOR - Seorang ibu dan teman lelakinya ditahan polis susulan kematian kanak-kanak lelaki yang mengalami kecederaan termasuk patah tulang rusuk kanan dan pankreas terkoyak di Kajang, semalam, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian 6.55 pagi semalam itu, kanak-kanak terbabit dipercayai mengalami pernafasan yang tidak stabil sebelum disedari ibu mangsa ketika baru bangun dari tidur, lalu dikejarkan ke Hospital Kajang oleh ibunya.

Kanak-kanak lelaki yang berusia dua tahun itu bagaimana pun meninggal dunia setelah beberapa minit mendapat rawatan daripada doktor di hospital berkenaan.

Gambar Sekadar Hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia dan melalui pemeriksaan awal mendapati banyak kesan merah dan bengkak di kepala dan badan mangsa.

Melalui hasil bedah siasat mengesan tulang rusuk sebelah kanannya patah serta pankreas terkoyak dan terdapat juga banyak kesan lebam baru pada tubuh badan mangsa, katanya.

Susulan itu, ibu mangsa, 29, yang bekerja sebagai pembantu taska dan teman lelakinya, 39, ditahan. Teman lelaki ibu mangsa juga mempunyai rekod lampau berkait kes dadah," katanya.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 20 Mei. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pxky8S

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.