Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keju 3 Rasa, menu baru KFC yang dijangka akan melonjak jualan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keju 3 Rasa, menu baru KFC yang dijangka akan melonjak jualan

KFC Holdings (M) Bhd menjangkakan produk terbaharunya, ‘Keju 3 Rasa’, yang dilancarkan hari ini akan menyumbang sebanyak 15 peratus kepada jualan keseluruhan.

Keju 3 Rasa, menu baru KFC yang dijangka akan melonjak jualan

Keju 3 Rasa, menu baru KFC yang dijangka akan melonjak jualan

Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd, Merrill Pereyra berkata, sos keju masam dan pedas yang memiliki tiga perisa, bagi dinikmati bersama ayam ‘Hot & Spicy’ KFC, hanya disediakan untuk tempoh yang terhad.

“Kami jangka ia akan mendapat respons yang baik dan ini akan membantu meningkatkan jualan secara keseluruhan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Keju 3 Rasa’ di sini hari ini.

 

Pereyra berkata, keunikan keju tersebut boleh didapati mulai esok melalui set kombo makanan dengan dua atau lima keping ayam berharga, masing-masing berharga RM13.50 dan RM32.50.

Kombo dua keping ayam Hot & Spicy dilengkapi dengan dua sos Keju 3 Rasa, coleslaw, pilihan Colonel Rice atau kentang lenyek dan minuman Strawberi Kiwi Sjora.

Sementara itu, kombo lima keping ayam ditawarkan dengan lima sos Keju 3 Rasa serta Kentang Campur dan dua minuman Strawberi Kiwi Sjora.

QSR Brands, merupakan pemegang francais untuk lebih daripada 750 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja, juga menjadi operator Pizza Hut di Malaysia (370 cawangan) dan Singapura (75 cawangan). – Bernama

Sumber: Sinar



Sumber Keju 3 Rasa, menu baru KFC yang dijangka akan melonjak jualan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2reBlh2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.