Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerana Dendam Bapa Saudara, Kanak-Kanak Terputus Jari Kelingking Akibat Ditetak Dengan Pisau - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerana Dendam Bapa Saudara, Kanak-Kanak Terputus Jari Kelingking Akibat Ditetak Dengan Pisau


KUCHING, SARAWAK - Seorang kanak-kanak perempuan terputus jari kelingkingnya dan juga mengalami kecederaan pada jari hantu kanannya setelah ditetak oleh bapa saudaranya sendiri di rumah kedai di Batu 10, Jalan Penrissen, Kuching, semalam, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian pada 1.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia lapan tahun hanya bersama abangnya di rumah tersebut dan suspek dikatakan meluru masuk ke dalam rumah sebelum menetak jari mangsa dengan menggunakan pisau.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, suspek bagaimanapun didapati melarikan diri setelah kejadian berkenaan telah disedari abang mangsa selepas kanak-kanak itu menjerit dan meraung kesakitan.

Katanya lagi, melalui siasatan awal pihaknya mendapati kejadian itu adalah bermotifkan dendam kerana suspek tidak berpuas hati terhadap bapa mangsa yang membuat laporan polis mengenai kegiatan suspek yang melakukan pecah rumah sebelum ini yang menyebabkan suspek telah ditahan.

Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan operasi memburu suspek yang dikenali sebagai Ringkai Endawie sedang giat dijalankan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pmttd7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.