Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kini Anda Boleh Membeli Barangan Di Lazada Dan Membayarnya Di 7-Eleven Seluruh Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kini Anda Boleh Membeli Barangan Di Lazada Dan Membayarnya Di 7-Eleven Seluruh Malaysia

Membeli barangan secara tunai di Lazada boleh dikatakan terhad kepada mod pembayaran Cash On Delivery, yang mana sedikit sukar bagi anda yang sering tidak berada di rumah. Bagi memudahkan lebih ramai pengguna membuat pembayaran secara tunai, Lazada telah berkerjasama bersama 7-Eleven dan MOLPay dalam menawarkan pembayaran melalui kaunter 7-Eleven.

Untuk menjayakannya, pengguna hanya perlu memilih mod pembayaran “Cash at 7-Eleven” semasa checkout, dan kemudian, anda hanya perlu menunjukkan slip pengesahan pembelian (melalui telefon atau kertas yang dicetak) ke kaunter 7-Eleven behampiran dengan anda. Selepas pembayaran dibuat, anda akan menerima SMS sebagai pengesahan pembelian anda telah berjaya.

Menariknya, anda diberi masa selama 48 jam untuk membuat membuat pembayaran tunai melalui 7-Eleven ini. Ia suatu tempoh yang agak lama, tanpa kerisauan untuk mengejar tempoh pembayaran. Selepas tempoh ini, anda perlu membuat checkout semula untuk mendapatkan slip pembelian yang baru.

Melalui kerjasama ini, ia turut memudahkan pengguna yang tidak berpeluang untuk menggunakan perbankan online atau kad kredit/debit untuk membeli barangan di Lazada. Ia juga membantu bagi pengguna yang mempunyai kekangan wang di dalam kad kredit/debit mereka tanpa perlu memindahnya di bank terlebih dahulu.

Bagi anda yang berminat, anda boleh menuju ke halaman Lazada, dan membuat pembayaran melalui medium pembayaran tunai ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pBAzX6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.