Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lakonan Alicia Amin dalam video lagu ‘Pisang Goreng’ jadi tular di Indonesia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lakonan Alicia Amin dalam video lagu ‘Pisang Goreng’ jadi tular di Indonesia

MODEL dan pelakon tanah air yang terbabit dalam program Asia’s Next Top Model 5, Alicia Amin tidak sangka lakonannya dalam muzik video lagu berjudul Pisang Goreng yang kini tular mendapat reaksi hebat peminat di Indonesia.

Alicia Amin

Alicia Amin

Alicia, 22, berkata, sebaik muzik video lagu ciptaan dan nyanyian Sid Murshid itu dimuat naik di YouTube enam hari lalu, dia turut mendapat liputan portal hiburan terbesar di Indonesia iaitu KapanLagi.com.

“Saya terkejut apabila ramai peminat dari Indonesia tiba-tiba memperkatakan mengenai muzik video itu. Sambutannya di sana lebih luar biasa berbanding di Malaysia.

“Ia mungkin disebabkan pembabitan saya dalam Asia’s Next Top Model 5. Program itu benar-benar menarik perhatian ramai peminat dari Indonesia sehinggakan segala aktiviti seni saya mereka ikuti,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, ada juga yang mempersoalkan mengenai lagu mengenai pisang goreng itu.

Mereka turut melabelkannya sebagai lagu sampah dan tidak faham kenapa lagu itu dihasilkan.

“Saya dan Sid Murshid hanya suka-suka menghasilkan muzik video itu. Kami gembira kerana ramai yang memberikan reaksi positif dan sukakan idea berkenaan.

“Namun, jika ada yang tidak menghargainya, saya tetap akan mempertahankannya kerana usaha dicurahkan Sid untuk lagu itu bukanlah mudah,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Lakonan Alicia Amin dalam video lagu ‘Pisang Goreng’ jadi tular di Indonesia

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qzkelv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.