Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Bunuh Bekas Tunang Ke Tali Gantung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Bunuh Bekas Tunang Ke Tali Gantung

Muar – Seorang bekas pekerja kedai tayar yang menikam bekas tunangnya yang bakal berkahwin sehingga maut menerima pembalasan apabila Mahkamah Tinggi di sini Ahad menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.

Muar – Seorang bekas pekerja kedai tayar yang menikam bekas tunangnya yang bakal berkahwin sehingga maut menerima pembalasan apabila Mahkamah Tinggi di sini Ahad menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.
Pesuruhjaya Kehakiman Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas berpuas hati pembelaan tertuduh, Muhammad Irshaduddin Khalis Nasurudin, 25 tahun, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain.
Tertuduh didakwa membunuh Nursyafikah Ahmad Ismail, 22 tahun, di tempat letak motosikal Pasaraya Econsave, Jalan Mersing, Kluang dekat sini, antara 5.40 hingga 5.45 petang, pada 10 April dua tahun lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Menurut fakta kes, mangsa pada waktu kejadian yang bekerja di pasaraya itu didatangi tertuduh ketika waktu rehat dan diajak keluar untuk berjumpa.
Berlaku pertengkaran antara kedua-dua mereka sebelum tertuduh menghempas kepala mangsa di motosikal berdekatan dan kemudiannya menikam mangsa pada bahagian kiri badannya.
Dalam penghakimannya, Muhammad Jamil berkata mahkamah berpuas hati dengan laporan psikiatri Hospital Permai yang menyatakan mental tertuduh stabil serta layak dibicarakan dan memberi pengakuan selain mitigasi pihak pembelaan dan hujahan pendakwaan terhadap lelaki itu.
Beliau berkata ketika memberi keterangan, Muhammad Irshaduddin Khalis mengaku menikam Nursyafikah dan tiada keraguan telah menyebabkan cedera ke atas wanita itu serta telah dibuktikan bahawa tertuduh sememangnya mempunyai niat untuk membunuh mangsa.
Sehubungan itu, katanya berdasarkan keterangan kesemua saksi dan fakta, beliau mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tidak melampaui keraguan munasabah dan tertuduh didapati bersalah serta disabitkan dengan kesalahan membunuh.
“Hanya satu hukuman yang diperuntukkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu tertuduh dijatuhi hukuman gantung sehingga mati,” katanya.
Seramai 24 saksi pihak pendakwaan dan tiga saksi pihak pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes, manakala tertuduh diwakili peguam Nur Afiqah Hambali.
Terdahulu, ketika mahkamah berhenti rehat seketika, tertuduh dengan tenang sempat berdiri di dalam kandang tertuduh sambil memohon maaf kepada keluarga bekas tunangnya termasuk ibu Nursyafikah yang turut hadir di galeri awam mahkamah. – mStar


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2piR1uA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.