Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lima Perkara Anda Perlu Tahu, 18 Panggilan Telefon Oleh Trump Dengan Rusia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lima Perkara Anda Perlu Tahu, 18 Panggilan Telefon Oleh Trump Dengan Rusia

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1) Lebih banyak drama berkaitan Trump dengan krisis White House semakin membimbangkan. Laporan terbaru menyatakan Michael Flynn dan penasihat Trump yang lain berhubung dengan pihak Rusia dalam 18 panggilan telefon dan emel sejak tujuh bulan terakhir kempen pilihanraya 2016.

Ketegangan semakin memuncak yang menunjukkan terdapat bukti hubungan antara Trump dan Rusia di mana beliau cuba mengganggu penyiasatan terhadap Flynn sebelum ini.

2) US dolar berhadapan dengan detik sukar untuk memulih sejak sesi Rabu. Kini US dolar menghampiri paras terendah enam minggu lalu berbanding enam matawang utama yang lain pada Khamis berikutan risiko politik semasa di US.

3) Pasaran ekuiti global terus mengalami kejatuhan pada Khamis berikutan kebimbangan terhadap isu Trump dan Rusia. Majoriti indeks pasaran saham Asia ditutup lebih rendah dengan Nikkei 225 susut 1.3%, Shanghai Komposit susut 0.5%.

Di Eropah indeks di Jerman DAX jatuh 1% dan di London FTSE 100 susut 1.5%. Kini pasaran hadapan menunjukkan potensi kenaikan kadar faedah The Fed pada Jun semakin merosot.

4) Pasaran minyak mentah global pula melantun selepas mencapai paras tertinggi semalam. Hal ini disebabkan kebimbangan pasaran terhadap kenaikan aktiviti pengeluaran minyak di US yang mengatasi usaha pemotongan bekalan oleh OPEC dan non-OPEC.

5) Matawang GBP kini didagang di atas 1.3000 buat kali pertama dalam masa lapan bulan. Pound menguat berbanding US dolar petang tadi dan naik 1.3045 selepas data jualan runcit merekod bacaan lebih baik dari jangkaan.

The post Lima Perkara Anda Perlu Tahu, 18 Panggilan Telefon Oleh Trump Dengan Rusia appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qwpie6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.