Hi! Welcome Back and Stay Tune! MSPO jamin industri sawit negara mampan, mesra alam - PM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MSPO jamin industri sawit negara mampan, mesra alam - PM

IJOK: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan Skim Pensijilan Mampan Malaysia (MSPO) sebagai langkah proaktif memastikan kelestarian industri sawit negara.

Katanya, ia bertepatan dalam mendepani pelbagai cabaran dan persepsi negatif yang mampu menggugat keutuhan industri.

"Beberapa NGO mengaitkan kononnya pembangunan tanaman sawit tidak mampan, mencemarkan alam sekitar dan sebagainya.

"MSPO ini yang dibangunkan sejak 2015 selaras dengan undang-undang dan peraturan semasa negara dan pengurusan penanaman kelapa sawit melalui amalan pertanian terbaik," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan 100 Tahun Industri Sawit Malaysia di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata pelaksanaannya secara mandatori bermula 31 Disember 2019 akan menjaga kepentingan industri sawit dan eksport kita ke negara maju.

Pada masa sama, ia juga bagi membuktikan kepada pihak luar, khususnya Kesatuan Eropah (EU), bahawa dakwaan mereka terhadap industri sawit negara adalah salah dan tidak berasas.

"Saya sudah bincang dengan Presiden Jokowi dari Indonesia, kita akan ke Parlimen EU dan mesti beritahu mereka Malaysia dan Indonesia negara yang berkemampuan.

"Dan siapa yang memboikot minyak sawit mungkin akan berdepan dengan tindakan balas dari Malaysia dan Indonesia," tegasnya.

Pengenalan MSPO merupakan antara lima anjakan transformasi yang digariskan Perdana Menteri bagi memastikan kecemerlangan masa depan industri sawit bagi tempoh 100 tahun akan datang.

Empat anjakan lain adalah mempertingkat pelaburan dalam aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C), serta memberi fokus kepada pengukuhan modal insan.

Selain itu, turut disasarkan lebih ramai profesional menceburi bidang sawit, dan peruntukan sebanyak RM1.75 bilion untuk Skim Tanam Semula & Tanam Baharu Sawit bagi tempoh 2010 hingga 2020 yang turut diumum Najib mendapat penambahan peruntukan lagi RM500 juta.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q07Fzb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.