Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelajar Perempuan Dijumpai Mati Di Asrama Sekolah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelajar Perempuan Dijumpai Mati Di Asrama Sekolah

matiPARIT BUNTAR – Seorang pelajar perempuan tingkatan dua ditemukan mati di dalam bilik asrama puteri di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SBAK) Al Hidayah, Parit Abas, Kuala Kurau dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata Nur Farrahin Rusli Maran, 14, ditemukan tidak sedarkan diri dan mulutnya berbuih di atas katil di dalam bilik asrama ketika rakan-rakannya mahu mengejutkan pelajar berkenaaan untuk bersahur pada pukul 5.30 pagi.

Beliau berkata guru sekolah itu pergi ke asrama setelah diberitahu oleh dua pelajar yang mendapati seluruh badan pelajar tersebut sejuk dan keras serta muka telah bengkak.

Katanya guru berkenaan kemudian menghubungi Hospital Parit Buntar dan pegawai perubatan yang datang membuat pemeriksaan mendapati pelajar itu telah meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke hospital itu untuk bedah siasat.

“Siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah terhadap mangsa dan hospital yang menjalankan bedah siasat mengesahkan pelajar itu mati disebabkan saluran pernafasan tersekat akibat pengumpulan cecair berikutan serangan sawan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Omar Bakhtiar berkata keluarga mangsa memberitahu sebelum ini, pelajar itu pernah mendapatkan rawatan akibat penyakit sawan. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qfI8Hx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.