Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemain, pegawai JDT tandatangan ikrar bebas rasuah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemain, pegawai JDT tandatangan ikrar bebas rasuah

JOHOR BAHRU: Seramai 41 pemain dan pegawai kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) semalam bagi memastikan sukan bola sepak tanah air bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Menerusi kenyataan media bersama yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan JDT hari ini, pemain Safiq Rahim mengetuai upacara melafaz dan menandatangani IBR itu.

Majlis tersebut yang diadakan di sebuah hotel di sini disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Turut hadir Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim, Naib Presiden I PBNJ, Datuk Zulkurnain Kamisan dan Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias.

Ismail dilapor sebagai berkata kerjasama JDT dengan SPRM adalah untuk memenuhi hasrat dan titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya JDT mempunyai integriti yang tinggi serta bebas dari gejala rasuah.

Shamshun Baharin pula berkata usaha yang dilaksanakan oleh SPRM bersama JDT itu secara tidak langsung dapat mengelakkan berlaku isu-isu rasuah dan mengatur perlawanan dalam arena bola sepak negara.

"Menerusi kerjasama ini, semua pihak sudah mempunyai tempat rujukan sekiranya rasuah dan mengatur perlawanan berlaku dalam arena bola sepak tanah air selepas ini," katanya.

Beliau menjunjung kasih dan berterima kasih kepada Tunku Ismail yang mengorak langkah memerangi rasuah dalam arena bola sepak membabitkan JDT dan seterusnya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pmqAXS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.