Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengguna, peniaga mengeluh harga sayur naik melampau - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengguna, peniaga mengeluh harga sayur naik melampau

ALOR SETAR: Baru sahaja masuk hari kedua Ramadan, rungutan mengenai harga sayur naik mendadak sudah timbul di Kedah.

Pastinya lebih terkesan mereka yang berpendapatan rendah.

Tinjauan di Pasar Besar Alor Setar mendapati bukan sahaja pengguna malah peniaga juga mengeluh.

Rata-rata yang ditemui berkata cuaca bukan faktor alasan kenaikan harga, kerana setiap kali tiba bulan Ramadan, bekalan sayur yang diperoleh daripada pemborong berkurangan.

Susulan bekalan sayur yang tidak mencukupi, peniaga terpaksa menaikkan harga.

Tinjauan mendapati sawi dijual pada harga RM6 ke RM7 sekilogram, berbanding sebelum ini pada RM3 ke RM4 sahaja. Peria turut mengalami peningkatan harga sebanyak RM2 ke RM3 sekilogram.

Minggu lalu, daun sup dijual pada harga RM6 ke RM7 sekilogram tetapi minggu ini meningkat kepada RM12. Manakala cili besar yang sebelum ini dijual RM8, sekarang meningkat kepada RM12 sekilogram.

Sementara itu, pengguna berkata mereka terbeban dengan kenaikan harga itu dan meminta pihak yang berwajib segera memantau keadaan semasa bagi mengelakkan pihak yang cuba mengambil kesempatan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qvAlQU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.