Hi! Welcome Back and Stay Tune! PEREKA FESYEN: LEISSNER TAK BIAYAI SAYA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PEREKA FESYEN: LEISSNER TAK BIAYAI SAYA

Pereka fesyen dan model, Kimora Lee Simmons menafikan dakwaan bahawa perniagaan beliau dibiayai oleh suaminya Tim Leissner – seorang jurubank yang dikaitkan dengan 1MDB.

“Saya biayai perniagaan saya sendiri … Saya berada dalam industri fesyen sejak (berumur) 12, menjadi model dan semuanya,” katanya.

Simmons mengulas laporan New York Post yang mendakwa jenama Kimora Lee Simmons bakal menjadi “mangsa” kepada siasatan rasuah antarabangsa.

Leissner dilaporkan secara meluas terlibat dalam usaha mendapatkan berbilion-bilion dolar untuk 1MDB, bagi memperoleh komisen besar bagi Goldman Sachs dan dirinya.

Bagaimanapun, beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Goldman Sachs Asia Tenggara pada Februari tahun lepas, susulan surat tanpa kebenaran pihak berkuasa kepada sebuah institusi kewangan di Luxembourg yang mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan Malaysia, Jho Low.

Menurut New York Post, adalah dipercayai bahawa Leissner membiayai rekaan fesyen Kimora Lee Simmons dengan memetik perniagaan berkenaan mempunyai “Infrastruktur luar biasa yang dibiayai”.
Laman web bagi jenama ini menunjukkan bahawa Simmons menjual blaus yang menelan belanja sehingga AS$ 595 (RM2,539).

Mengenai sama ada dia mendapatkan nasihat perniagaan dari Leissner, Simmons turut menafikannya.

Beliau berkata laporan oleh New York Post merugikan industri fesyen dan merupakan satu serangan ke atas jenama beliau.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qrgwLl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.