Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pesan terakhir Norizman buat isteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pesan terakhir Norizman buat isteri

Pelumba CP150 Norizman Ismail berpesan kepada isterinya supaya menghantar anak sulung mereka ke sekolah tahfiz walaupun sebelum ini enggan berbuat demikian.

Isterinya, Nurul Aida Adha Raduan, 27, berkata, suaminya berpesan kepadanya semalam sebelum mereka tidur ketika menginap di sebuah hotel di bandar ini.

Baca artikel sebelum: Pelumba Cub Prix, Norizman Ismail meninggal dalam kemalangan ketika sesi ujian CP150

“Sebelum tidur, dia berpesan pada saya supaya hantar anak sulung kami (Muhammad Rizman Irfan) yang berusia tujuh tahun ke sekolah tahfiz sedangkan sebelum ini dia tak mahu.

“Sebelum keluar dari hotel untuk pergi ke litar lumba di Bandar Baru Kijal siang tadi juga dia ada berpesan mahu bawa kami sekeluarga makan malam di sebuah restoran di bandar Chukai selepas tamat perlumbaan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Kemaman, hari ini.

Norizman disahkan meninggal dunia selepas terjatuh di selekoh pertama pada sesi ujian masa pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kemaman, petang hari ini.

Pelumba pasukan ONEXOX TKKR Racing itu kemudiaannya dikejarkan ke Hospital Kemaman selepas terbabit dalam kemalangan 3.52 petang.

Norizman disahkan meningggal dunia pada 4.50 petang ketika menerima rawatan di hospital.

Menurut Nurul Aida, sudah dua minggu suaminya itu dilihat berubah perangai dan sering bercakap mengenai masa depan tiga anak mereka yang berusia antara empat hingga tujuh tahun.

Katanya, dia menerima panggilan daripada rakan arwah suaminya itu kira-kira 4 petang sebelum dia bergegas ke Hospital Kemaman selepas dimaklumkan Norizman parah dalam kemalangan berkenaan.

“Saya sangat sedih dan reda dengan kejadian ini dan berjanji akan menunaikan hasrat arwah untuk menghantar anak kami ke sekolah tahfiz selepas ini,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Pesan terakhir Norizman buat isteri

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pQxLbs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.