Hi! Welcome Back and Stay Tune! Piala Sudirman: Frost akui Malaysia tewas kepada pasukan yang lebih hebat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Piala Sudirman: Frost akui Malaysia tewas kepada pasukan yang lebih hebat

PENGARAH Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost menyifatkan kekalahan di Piala Sudirman adalah satu pengajaran buat pasukan negara dengan seluruh barisan perlu berkerja keras bagi memastikan mampu memberi cabaran lebih baik pada masa akan datang.

Malaysia tersingkir daripada saingan Piala Sudirman di peringkat suku akhir kepada Jepun 3-1 sekaligus menyamai pencapaian dua tahun lalu di Dongguan, China.

Daripada tiga perlawanan, Malaysia hanya menang sekali iaitu ke atas Jerman dengan keputusan 5-0 di peringkat kumpulan sebelum tewas dua kali kepada Jepun.

Hanya pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang memenangi ketiga-tiga perlawanannya, dengan pasangan beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing juga tidak tewas dalam dua perlawanan.

Sebaliknya, beregu negara Tan Wee Kiong-Goh V Shem mempamerkn aksi mengecewakan apabila tewas dua daripada tiga perlawanan yang diharungi.

"Kami perlu mempelajari kesilapan yang telah dilakukan, meningkatkan setiap kekurangan ketika beraksi dan tidak berputus asa untuk menghasilkan permainan yang lebih baik," kata Frost.

Barisan pemain wanita negara jelas sekali kelemahan utama yang harus diberi perhatian oleh BAM.

Bagaimanapun, Frost tidak mahu menyalahkan persembahan buruk atau kekurangan persediaan pasukan negara sebaliknya menerima hakikat bahawa lawan lebih hebat.

"Kami telah tewas kepada pasukan yang lebih hebat daripada kami dan tahniah diucapkan kepada mereka."



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rrhv2t

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.