Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak pelik: Tapi adakah sikap PAS sekarang masih dianggap Pembangkang? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak pelik: Tapi adakah sikap PAS sekarang masih dianggap Pembangkang?

Tak pelik pun pembangkang ke majlis kerajaan
NURUL KHALEEDA RASHIKIN - 7 MEI 2017
Idris Ahmad

SHAH ALAM - Sudah menjadi satu kebiasaan untuk pemimpin pembangkang hadir ke program-program yang dianjurkan oleh kerajaan jika mendapat jemputan rasmi.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, tiada apa yang pelik jika ada kehadiran pemimpin pembangkang ini terutamanya jika kawasan tersebut diwakili olehnya.

“Kebiasaannya ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada kerajaan atau pembangkang akan dijemput secara rasmi ke program yang dianjurkan oleh Kementerian atau jabatan kerajaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Politik matang Pas dan BN’]

“Kadang-kadang kerajaan negeri juga menjemput MP dan Adun pembangkang untuk hadir terutama di program di dalam parlimen yang diwakili, ia sudah menjadi satu kebiasaaan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Minggu lalu, kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke Majlis Pelancaran Program Tukun Tiruan oleh Menteri dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mencuri tumpuan umum.

Tambah Idris lagi, pemimpin yang mengkritik kehadiran Abdul Hadi ke program tersebut merupakan seorang yang ‘pelik’.

“Tidak ada perkara pelik melainkan orang itu adalah seorang yang pelik dan ada penyakit di dalam hatinya, manusia seperti ini, kita berdoa kepada ALLAH SWT semoga sakit jiwanya segera sembuh,” katanya lagi.

* Aku tak pelik pun.......Almarhum TGNA pun pernak hadir di Majlis Mahathir dulu tapi di atas nama ketua kerajaan negeri. Hadi ketua kerajaan mana?


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pW99OW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.