Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tengah makan kena langgar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tengah makan kena langgar

Wanita parah manakala tiga lagi cedera dilanggar kereta ketika makan di gerai di Lorong Baru, Jalan Macalister, Georgetown, hari ini.

Kejadian berlaku pada 6.35 petang ketika kereta Hyundai yang dipandu seorang wanita dipercayai mengundur dan melanggar gerai makanan di situ.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, wanita berkenaan mengundur keretanya dari Jalan Macalister masuk ke Lorong Baru.

Beliau berkata, empat gerai makanan dirempuh kereta berkenaan menyebabkan pelanggan yang sedang makan turut dilanggar.

Katanya, tiga mangsa cedera ringan dan seorang wanita dilaporkan parah.

“Tiga mangsa diberikan rawatan sebagai pesakit luar manakala seorang yang parah masih lagi dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemantauan lanjut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan pemandu kereta untuk tindakan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan cuai sehingga mendatangkan kecederaan terhadap orang lain,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Trafik Daerah Timur Laut di talian 04-2181872 atau balai polis berhampiran.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Tengah makan kena langgar

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qzDXER

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.