Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga ditahan Jabatan Agama Islam Selangor kerana mengajar tanpa tauliah di masjid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga ditahan Jabatan Agama Islam Selangor kerana mengajar tanpa tauliah di masjid

Tiga lagi individu ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana mengajar tanpa tauliah di sebuah masjid di Rawang, semalam.

Tiga ditahan Jabatan Agama Islam Selangor kerana mengajar tanpa tauliah di masjid

Tiga ditahan Jabatan Agama Islam Selangor kerana mengajar tanpa tauliah di masjid

Pengarah Jais, Datuk Haris Kasim berkata, ketiga-tiga ditahan kira-kira jam 9.50 malam dan dibawa ke Pejabat Agama Islam Daerah Kuang untuk dirakam percakapan dan disoal siasat. 

“Mereka ditahan pegawai bahagian Pengurusan Penguatkuasaan di bawah Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor Tahun 2003 Pindaan 2015.

“Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya, operasi itu akan diteruskan melibatkan seluruh kawasan dalam negeri.

“Ops Mengajar Tanpa Tauliah ini telah bermula 13 Mei lalu melibatkan seluruh kawasan Negeri Selangor selaras dengan titah Sultan Selangor baru-baru ini. 

“Ia akan diteruskan dari masa semasa bagi menjaga keharmonian masjid dan surau di negeri ini,” katanya.

Sumber: Sinar



Sumber Tiga ditahan Jabatan Agama Islam Selangor kerana mengajar tanpa tauliah di masjid

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rjzq82

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.