Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita kerabat diraja Johor maut, anak cedera ringan akibat kemalangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita kerabat diraja Johor maut, anak cedera ringan akibat kemalangan

JOHOR BAHRU: Seorang wanita kerabat diraja Johor maut manakala anaknya perempuannya cedera ringan apabila kereta dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di susur Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Danga City Mall, di sini hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata mangsa, Tunku Amal Jakiah Tunku Mohd Archibald, 58, yang merupakan dua pupu Sultan Johor, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan.

"Kemalangan di jalan menghala Skudai/Pantai Lido itu berlaku kira-kira 9.45 pagi tadi.

"Difahamkan, pemandu kereta iaitu anak perempuan Tunku Amal Jakiah yang berumur 22 tahun, cuba mengelak sebuah kenderaan lain lalu hilang kawalan sebelum melanggar batu pembahagi jalan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata bedah siasat terhadap Tunku Amal Jakiah dilakukan di Hospital Sultanah Aminah, di sini dan anak perempuannya yang merupakan seorang ahli perniagaan, turut dirawat di hospital sama.

Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kemalangan terbabit mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rzfvkJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.