Hi! Welcome Back and Stay Tune! 1MDB: SPRM tidak dihubungi DOJ - Ketua Pesuruhjaya SPRM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

1MDB: SPRM tidak dihubungi DOJ - Ketua Pesuruhjaya SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ia tidak dihubungi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berhubung tindakan sivil terbaharu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad memberitahu pihaknya tidak ada kaitan dengan siasatan ke atas 1MDB memandangkan kes itu diuruskan PDRM dan Jabatan Peguam Negara.

"Sama macam sebelum ini juga, DOJ tak maklumkan apa-apa kepada pihak kami.

"Saya difahamkan, bukan SPRM saja, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Peguam Negara turut tidak diberitahu. Ini bukan kali pertama, dah kedua dah," katanya ketika ditemui media selepas majlis pelancaran Sahabat SPRM di Berjaya Times Square di sini pada Sabtu.

Pada Khamis, DOJ menuntut untuk merampas aset bernilai AS$540 (kira-kira RM2.3 bilion) yang didakwa milik 1MDB.

Walau bagaimanapun, 1MDB dalam kenyataan memberitahu tidak pernah dihubungi DOJ berhubung tuntutan mahkamah terbaharu itu.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sc6Ojn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.