Hi! Welcome Back and Stay Tune! Alibaba Dijangka Memperkenalkan Peranti Seumpama Amazon Echo Untuk Pasaran China - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Alibaba Dijangka Memperkenalkan Peranti Seumpama Amazon Echo Untuk Pasaran China

Alibaba, syarikat e-dagang terbesar di China yang turut memiliki Lazada, kini dilaporkan bakal memperkenalkan sebuah peranti yang boleh dikawal berasaskan arahan suara seumpama Amazon Echo seawal minggu hadapan, di China.

Alibaba dilaporkan telah membangunkan pembantu maya digital mereka tersendiri dengan sokongan kecerdasan buatan. Melalui peranti ini, ia dijangka akan memudahkan pengguna untuk membuat pembelian daripada laman yang dimiliki Alibaba dengan hanya menggunakan arahan suara. Perkara ini adalah lebih kurang sama seperti apa yang dilaksanakan oleh Amazon melalui Amazon Echo mereka.

Peranti ini disasarkan untuk pasaran China sahaja, dan untuk mereka yang sedia selesa menggunakan platform Alibaba. Dengan pengenalan peranti ini juga, ia mungkin akan meningkatkan pelanggan berulang ke platform Alibaba berbanding hari ini.

Dengan pelaburan Alibaba pada Lazada, tidak mustahil kita melihat perkongsian teknologi dan sebagainya oleh mereka untuk turut hadir dengan sesuatu yang lebih kurang sama. Tetapi ia mungkin akan mengambil masa yang lama untuk membangunkan kecerdasan buatan dengan sokongan bahasa tempatan – terutamanya di rantau Asia Tenggara yang mempunyai pelbagai jenis bahasa berbeza.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2trWd4X

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.