Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ambil upah RM3 satu kepala belikan makanan untuk rakan-rakan yang ponteng puasa, untung wanita ini cecah ribuan ringgit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ambil upah RM3 satu kepala belikan makanan untuk rakan-rakan yang ponteng puasa, untung wanita ini cecah ribuan ringgit

“Setiap kali bulan puasa saya boleh buat pendapatan sampingan hanya dengan ambil upah beli makanan kawan-kawan sekerja, boleh cecah ribuan ringgit,”.

Ambil upah RM3 satu kepala belikan makanan untuk rakan-rakan yang ponteng puasa, untung wanita ini cecah ribuan ringgit

Ambil upah RM3 satu kepala belikan makanan untuk rakan-rakan yang ponteng puasa, untung wanita ini cecah ribuan ringgit

Itu pengakuan seorang bekas pekerja sebuah kilang di pinggir kota yang hanya mahu dikenali sebagai Zira, 29.

Walaupun sedar perbuatan bersubahatnya itu berdosa di sisi agama, dia tetap meneruskan kegiatan itu dan hanya memikirkan soal pulangan yang akan diperolehnya.

“Saya memang jenis tak malu, orang nak kata apa pun, katalah. Lagipun sebagai perempuan kita ada waktu-waktu tak boleh puasa.

“Seminggu saya beli di satu kedai ini, minggu berikutnya saya beli di kedai lain. Jadi tak nampak ketara sangat,” katanya.

Zira berkata, dia mengambil upah antara RM2 hingga RM3 bagi satu kepala setiap kali membeli juadah untuk rakan-rakan sekerjanya.

Katanya, dalam sehari sehingga 20 set makanan akan dibeli walaupun bukan pada hari dia bekerja semata-mata untuk memberi khidmat kepada kaki ponteng puasa.

“Faham sajalah kerja kilang, angkat-angkat barang. Stor kilang akan jadi sasaran untuk kawan-kawan tak puasa ni makan. Bulan puasa gaji saya bersih sebab banyak duit dari hasil upah ni.

“Sempat la dalam tiga tahun saya buat kerja tu. Tapi sejak berhenti kerja lima tahun lalu, saya dah tak buat. Bila fikir balik sampai bila nak makan duit hasil upah macam tu,” katanya.

Zira bagaimanapun mengakui walaupun menjadi orang tengah membeli makanan untuk kaki ponteng puasa, dia tetap berpuasa seperti biasa.

“Cuma bila masa ‘cuti’ tu saya tumpang sekali la,” katanya.

Sumber: Sinar

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rKMEgD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.