Hi! Welcome Back and Stay Tune! Astro Dan Karangkraf Akan Menubuhkan Syarikat Usahasama Memfokuskan Pembangunan Kandungan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Astro Dan Karangkraf Akan Menubuhkan Syarikat Usahasama Memfokuskan Pembangunan Kandungan

Astro dan Karangkraf merupakan dua nama yang tidak asing dalam arena penerbitan tempatan. Astro melalui siaran televisyen berbayar mereka, diakses oleh lebih kurang 21 juta pengguna tempatan, sementara Karangkraf pula melalui penerbitan bercetak dan digital mereka meliputi sekitar 15 juta pembaca tempatan. Kini, kedua-dua syarikat berkenaan mengumumkan kerjasama dan dijangka menubuhkan sebuah syarikat usahasama baru dalam memfokuskan kepada pembangunan kandungan.

Astro Karangkraf

Melalui kerjasama ini, mereka akan menyasarkan kepada kandungan berbahasa Melayu dan meliputi Nusantara. Kedua-dua syarikat akan berkongsi IP mereka dalam memperluaskan lagi capaian dan pendapatan syarikat. Sebagai contoh, Karangkraf yang mempunyai penawaran penerbitan bercetak akan bekerjasama dengan Astro dalam menjadikan kandungan berkenaan dalam bentuk digital atau video.

Bercakap dalam arena penerbitan sendiri – terutamanya digital, ia menerima pelbagai penyertaan nama besar akhir-akhir ini, termasuk MediaPrima sendiri yang telah mengambil-alih RevAsia pada nilai mencapai RM105 juta, selain MyEG turut melakukan beberapa pelaburan dalam arena sama.

Buat masa ini, Astro dan Karangkraf masih tidak berkongsi berkenaan apakah nama baru syarikat usahasama berkenaan, selain apakah projek pertama dibawahnya kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t1VyDF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.