Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bakal Pengantin Temui Ajal Ketika Pergi Ke Tempat Kerja - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bakal Pengantin Temui Ajal Ketika Pergi Ke Tempat Kerja

Bakal Pengantin Temui Ajal Ketika Pergi Ke Tempat Kerja

Polis akan mendapatkan maklumat terperinci dari kenderaan lain yang dipercayai melanggar mangsa. (Gambar: ihsan pengguna - WhatsApp)

Seorang bakal pengantin yang akan melangsungkan pernikahan pada 1 Julai depan menemui maut selepas motosikal yang ditunggani hilang kawalan sebelum dipercayai digilis beberapa kenderaan lain dalam satu kemalangan di KM6.8 Jambatan Pulau Pinang di sini, kelmarin.

Mangsa, Ahmad Shafiq Saupian,30, seorang pekerja hotel yang berasal dari Rawang, Selangor itu dipercayai menunggang motosikal seorang diri dari arah Perai menuju ke tempat kerjanya di Hotel Eastin Pulau Pinang yang terletak di Bayan Baru pada jam 7 pagi.
 

PUNCA KEJADIAN

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan berkata, siasatan awal polis mendapati motosikal mangsa hilang kawalan sebelum terbabas sendiri dan jatuh di atas jalan.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk yang dialami dan mayat mangsa kemudian di hantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Tambahnya, berdasarkan siasatan punca kematian mangsa akibat pelanggaran teruk pada seluruh anggota badan dan kes masih lagi disiasat untuk mengetahui punca kejadian sebenar.

"Kes di siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan melulu sehingga menyebabkan kematian.

"Sekiranya sabit kesalahan boleh di penjara tidak kurang dua tahun atau 10 tahun atau denda RM5,000 atau RM20,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Saravanan berkata, pihak polis akan membuat semakan pada sistem kamera litar tertutup (CCTV) jambatan bagi membantu siasatan selain mengesan beberapa saksi.

"Polis juga akan mendapatkan maklumat terperinci dari kenderaan lain yang dipercayai melanggar mangsa," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Trafik Daerah Timur Laut di talian 04-2181872 atau mana-mana balai polis berhampiran.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ukCGR6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.