Hi! Welcome Back and Stay Tune! Banjir kilat di Batu Pahat beransur pulih - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Banjir kilat di Batu Pahat beransur pulih

JOHOR BAHRU: Seramai 10 daripada 43 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Parit Jalal, Batu Pahat dekat sini semalam, telah dibenarkan pulang hari ini.

Perkembangan setakat tengah hari itu menjadikan hanya 33 mangsa daripada enam keluarga kini masih berada di PPS berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata mangsa-mangsa sebelum ini dipindahkan berikutan banjir kilat melanda rumah mereka selepas sebuah benteng empangan di kawasan itu pecah akibat hujan lebat.

Kerja-kerja penyelenggaraan sedang dilakukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Batu Pahat. Selain Batu Pahat, banjir kilat turut melanda Kampung Permatang Panjang, Jementah di Segamat pada awal pagi ini, menyebabkan 28 penduduk terjejas.

Bagaimanapun, menurut Ayub, tiada pusat pemindahan dibuka kerana banjir mulai surut.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2scjmJ7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.