Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berhati-Hati Ketika Mengkritik Jangan Sampai Hilang Sikap Lemah Lembut Kita, Sia-Sia Dakwah Tanpa Akhlak.... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berhati-Hati Ketika Mengkritik Jangan Sampai Hilang Sikap Lemah Lembut Kita, Sia-Sia Dakwah Tanpa Akhlak....

Related image


Allah SWT berfirman dalam al-Quran;
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ

“Maka disebabkan rahmat daripada Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap kasar lagi hatimu keras, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (Ali Imron: 159)

Disebutkan oleh Imam Ibn Muflih rahimahullah (wafat 803 H) bahawa Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (wafat 241 H) pernah berkata;

ما تكلم أحد في الناس إلا سقط وذهب حديثه

'Tidaklah seseorang berbicara tentang manusia (bicara soal kesalahan mereka) kecuali gugur dan hilanglah hadisnya'.


Lalu diceritakan bahawa di Basrah ada seorang lelaki bernama Abdullah bin Salamah Al-Afthas, seorang alim yang sahih hadis dan memiliki majlis hadisnya sendiri. Namun kerana disebabkan oleh lisannya yang kuat mencela orang maka kehormatannya pun hilang dan orang ramai pun tidak lagi menyebut perihal dirinya (melupakannya) serta meninggalkan hadisnya. [Al-Adab al-Syar'iyyah, Ibn Muflih]

# Mengkritik dan menegur itu sememangnya ialah kewajipan seorang pendakwah atau alim ulama. Namun hendaklah dilakukan dengan kaedah yang betul dan wasilah (saluran) yang sepatutnya.

Juga hendaklah kita mempertimbangkan banyak perkara sebelum melabel atau membid'ahkan seseorang, apatah pula jika kita tidak mengenalinya atau kurang maklumat tentangnya.

Bukan semua orang jahat, adakalanya manusia itu tersilap dalam memilih pendapat dan pegangan.

Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (wafat 748 H) juga berkata:

ولو أن كل من أخطأ في اجتهاده مع صحة إيمانه، وتوخيه لاتباع الحق أهدرناه، وبدعناه، لقل من يسلم من الائمة معنا

'Kalaulah semua orang yang tersalah dalam ijtihadnya dalam keadaan dia memiliki keimanan yang benar dan usahanya untuk mengikuti kebenaran itu kita buang dan kita bid’ahkan maka akan sedikitlah daripada kalangan para imam itu yang selamat di sisi kita.'

[Siyar A'lam al-Nubala, Adz-Zahabi]

Sumber : http://ift.tt/2rdjTtK



✍ Sumber Pautan : ☕ Islam Itu Indah

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rCUmKP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.