Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berita baik untuk penduduk Sarawak, tak lama lagi anda bakal nikmati perkhidmatan internet yang pantas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berita baik untuk penduduk Sarawak, tak lama lagi anda bakal nikmati perkhidmatan internet yang pantas

KUCHING: Ada berita gembira bagi 2.7 juta penduduk Sarawak.

Perkhidmatan internet yang bagai siput akan menjadi sejarah di negeri ini tidak lama lagi.

Tindakan untuk menyediakan perkhidmatan internet yang pantas sedang giat diusahakan.

Ketua Menteri bercakap kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof semalam berkata, kini kajian mengenal pasti lokasi menara tambahan telah selesai.

Kerajaan Negeri, katanya bakal mengenal pasti syarikat utama bagi membina menara berkenaan.

“Lokasi bagi menara telah dikenal pasti dan apabila kontraktor sudah dikenal pasti, tindakan membina menara akan bermula,” ujar Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Dua bulan lalu, Ketua Menteri mengumumkan akan menambah jumlah menara kepada 5,000 buah daripada 1,200 sekarang.

Kepantasan internet di negeri ini katanya, tujuh kali lebih perlahan daripada di Korea Selatan.

Kepantasan purata di Sarawak kini ialah empat megabit (Mbps) per isi rumah berbanding 29 bagi Korea Selatan.

Usaha menyediakan perkhidmatan internet yang pantas selari dengan dasar ekonomi digital kerajaan negeri.

Kini penduduk di luar bandar terutamanya sering mengeluh kerana menghadapi masalah perkhidmatan internet yang lambat. – Sarawakvoice



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tjq5Ru

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.