Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bosan Kehidupan Mewah, Jutawan Di China Jadi Tukang Sapu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bosan Kehidupan Mewah, Jutawan Di China Jadi Tukang Sapu

Seorang jutawan dari China sanggup bekerja sebagai tukang sapu semata-mata untuk mengajar anaknya supaya bekerja keras. Yu Youzhen, 53, mempunyai 17 buah pangsapuri dan memiliki banyak harta di China.

Namun begitu, dia langsung tidak dibuai dengan kekayaannya. Dalam enam hari seminggu, dia akan bangun seawal subuh untuk menyapu, menggosok dan mengosongkon tong sampah di sepanjang dua kilometer jalan raya yang sibuk di bandar Wuhan, China.

“Saya mahu menjadi model contoh untuk anak-anak saya. Saya tidak mahu mereka leka dan menghabiskan harta yang ada,” kata Yu.

Tegasnya, dia tidak mahu memberi tanggapan kepada anak-anaknya bahawa menjadi orang kaya dan tidak perlu berbuat apa-apa adalah perkara yang mudah. “Gaya hidup sebegitu pasti akan membahayakan mereka dalam jangka masa yang panjang.”

Kedua-dua anak Yu memperoleh pendapatan bergaji. Anak lelakinya bekerja sebagai pemandu dengan pendapatan bulanan kira-kira RM987 manakala anak perempuannya memperoleh gaji kira-kira RM1,480 dengan pekerjaan yang tidak menentu.

Yu sendiri memperoleh pendapat bulanan kira-kira RM641 sahaja. Yu mula bekerja sebagai tukang cuci kira-kira satu dekad dahulu selepas bosan dengan gaya hidup yang penuh dengan kemewahan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sD0UrX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.