Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cukup Hanya Calit – Wany Hasrita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cukup Hanya Calit – Wany Hasrita

KATA penyanyi Wany Hasrita, baru sekarang dia mahu kelihatan cantik tak seperti sebelum ini.
Itulah perbezaan hidupnya jika dibandingkan ketika sebelum dikenali dahulu. Dia kini mula mengambil kisah soal tatarias dan dandanan diri.

“Betul… kalau dulu, saya tidak pernah ambil endah soal menatarias wajah dan lebih selesa dengan wajah ‘polos’. Kalau nak keluar, cukup hanya menyalit bedak padat jenama Baby Johnson, saya kira itu dandanan paling sempurna dah tu (ketawa).

“Tetapi sejak bergelar anak seni, saya mula mengambil berat soal ini dan mula ‘ringan mulut’ bertanya kepada jurusolek mengenai teknik-teknik solekan yang betul,” katanya.

Tambah pelantun lagu Menahan Rindu ini lagi, wajahnya memerlukan solekan yang natural dan tidak boleh terlalu tebal kerana akan menampakkan air wajahnya yang garang.

“Kalau silap mekap, orang akan nampak saya garang dan sombong dan perkara ini diakui sendiri oleh jurusolek artis yang pernah menyolek saya,” ujarnya.

Dalam pada itu Wany atau Nurshazwany Hasrita Abdullah, 25, ini berkata, dek kerana minat barunya dalam seni tatarias, dia kini semakin kerap menjenguk kedai-kedai yang menjual peralatan mekap.
“Sekarang pantang nampak butik Sephora, saya dengan rasa teruja akan masuk. Kadang tak membeli pun. Dapat tengok alat mekap saya jadi seronok,” ujarnya ketawa kecil.

Ditanya berapa kos dia akan peruntukan untuk membeli barangan mekap dalam sebulan, kata Wany dia bernasib baik kerana bukan seorang yang boros.

Maksudnya saya hanya membeli barangan yang perlu sahaja kerana alatan mekap saya sentiasa lambat habis akibat jarang pakai.

The post Cukup Hanya Calit – Wany Hasrita appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t1IEc7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.