Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dana Nita RM50 juta untuk bantu wanita ceburi perniagaan tahun ini -- MARA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dana Nita RM50 juta untuk bantu wanita ceburi perniagaan tahun ini -- MARA

KANGAR: Mara menyediakan RM50 juta khusus untuk wanita yang berminat menceburi bidang keusahawanan atau perniagaan menerusi Dana Nita, sepanjang tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Mara Zulfikri Osman berkata menerusi program itu, pemohon boleh memperoleh bantuan maksimum RM50,000.

Beliau berkata RM5 juta daripada keseluruhan peruntukan tersebut digunakan bagi melaksanakan kursus dan latihan untuk pemohon sebelum mereka layak membuat permohonan.

"Program Dana Nita ini dilancarkan hasil desakan Pergerakan Wanita Umno pada perhimpunan agung parti itu tahun lepas," kata Zulfikri kepada Bernama di sini.

Mengenai Perlis, beliau berkata Mara menyediakan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi membantu usahawan Perlis menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan tahun ini.

Peruntukan itu termasuk pembiayaan, latihan dan menjalankan aktiviti lain berkaitan keusahawanan, katanya.

"Perlis sinonim dengan perniagaan pakaian dan makanan. Perlis juga berada dalam kedudukan strategik kerana berada di sempadan antarabangsa.

Dalam hubungan ini, Mara yakin bidang keusahawanan teknologi berpotensi maju di Perlis berdasarkan banyak institusi latihan dan pendidikan selain agensi lain yang membolehkan usahawanan mendapat latihan formal," kata Zulfikri.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s0kAmP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.