Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hafreez Adam Dah Boleh Cakap Hal Peribadi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hafreez Adam Dah Boleh Cakap Hal Peribadi

DULU cakap lain… tapi hari ini pendirian Hafreez Adam yang enggan berkongsi rahsia peribadi sudah berubah.

Hafreez, 27, memberitahu kini lebih terbuka untuk berkongsi kisah peribadinya kepada umum dan tidak berselindung hatinya sudah dimiliki oleh seseorang yang sangat istimewa.

“Memang tidak dinafikan sebelum ini saya ada beritahu tidak mahu berkongsi kisah peribadi secara terbuka untuk mengelakkan fitnah. Namun, lama-kelamaan saya sedar bila menjadi selebriti saya perlu ada sedikit kelonggaran berkaitan soal peribadi.

“Namun masih ada beberapa perkara yang saya tidak boleh terbuka bercerita kepada umum. Kalau ada yang bertanya mengenai kisah cinta, saya akui kini saya sedang bercinta dengan seseorang yang sangat istimewa,” kata Hafreez.

Menurut Hafreez, dia tidak boleh mendedahkan lebih lanjut siapa kekasihnya kerana tidak mahu wanita itu dikaitkan dalam dunia hiburan. Namun, Hafreez berkata wanita itu seorang yang sangat memahami kerjaya seninya.

“Bila bercakap soal jodoh ini, saya tak berani nak bercakap lebih-lebih. Takut nanti tak jadi, keluarga juga yang malu. Biarlah orang hanya tahu saya ada kekasih saja.

“Insya-Allah jika hubungan kami sudah ke arah perkahwinan, sudah pasti saya akan kenalkan dia kepada umum,” ujar pelakon Hikayat Cinta Si Pencuri Hati.

Berbalik kepada dunia lakonannya, Hafreez kini berehat daripada menjalani sebarang penggambaraan drama dan telefilem. Dia baru saja habis penggambaran untuk telemovie Cinta Cheese Leleh yang akan ditayangkan selepas sambutan Aidilfitri.

The post Hafreez Adam Dah Boleh Cakap Hal Peribadi appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sttGeC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.