Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hidangkan Puding Kastard Susu Buah-Buahan Ni Waktu Rumah Terbuka, Mesti Ramai Suka! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hidangkan Puding Kastard Susu Buah-Buahan Ni Waktu Rumah Terbuka, Mesti Ramai Suka!

Hidangkan Puding Kastard Susu Buah-Buahan Ni Waktu Rumah Terbuka, Mesti Ramai Suka!

Puding kastard dengan kuah susu dan koktail buah-buahan campuran ini seringkali menjadi pilihan hidangan pencuci mulut ketika Majlis Rumah Terbuka, Majlis Hari Jadi, Kenduri kesyukuran dan sebagainya.

Rasanya pudingnya yang enak, kuah susunya yang manis berlemak disamping buah-buahan yang berwarna warni mampu membuka selera sesiapa sahaja. Apa kata sesekali cuba buat puding istimewa ini waktu adakan rumah terbuka, pasti ramai yang suka.Cara-cara membuatnya tidaklah sesukar mana, pasti berpuas hati dengan hasilnya nanti.

Bahan-Bahan (Puding):

1 tin susu cair jenama IDEAL

1 tin tepung kastard Bird Custard (ikut sukatan tin susu)

4 tin air

Setengah tin gula pasir

Cara Membuat:

1.Larutkan semua bahan didalam kuali.

2.Setelah larut, barulah letakkan kuali tersebut diatas dapur dan buka api.

3.Guna api yang paling perlahan dan kacau selalu adunan tersebut sehingga ia nampak pekat dan berkilat.

4.Kemudian,masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.

5.Biarkan puding sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk.

Bahan-Bahan (Kuah Susu):

2 tin susu cair jenama (IDEAL)

1 tin susu pekat

1tin @ 3/4 tin gula pasir (ikut kemanisan)

1/2 tin air

1 tin buah-buahan koktail

Cara Membuat:

1.Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk kecuali buah-buahan koktail didalam tin.

2.Kacau sebati atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil, cukup sekadar memanaskan  kuah susu dan tidak perlu sehingga kuah susu mendidih.

3.Setelah suam,masukkan air dan buah-buahan koktail dan simpan didalam peti sejuk.

Tip Ekstra:

Simpan semalam didalam peti sejuk semalaman dan jangan letak ais pada kuah susu kerana ia akan membuatkan kuah susu cair.

Boleh juga campurkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya.
 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sQgxe0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.