Hi! Welcome Back and Stay Tune! ISU 1MDB TIADA CAMPUR TANGAN ASING - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ISU 1MDB TIADA CAMPUR TANGAN ASING

MARANG – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Datuk Razali Idris tidak melihat wujudnya sebarang campur tangan asing dalam isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Menurutnya, sehingga kini tiada bukti konkrit wujudnya campur tangan asing, sama ada oleh Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Luxembourg atau juga negara-negara lain seantero dunia.

“Apa dilakukan oleh negara berkenaan ialah untuk melindungi pasaran dan sistem kewangan mereka daripada penipu wang.

“Dengan mengatakan usaha Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat itu sebagai cubaan Amerika Syarikat untuk mencampuri urusan dalam negara Malaysia, apakah kita juga tidak mencampuri urusan dalam negara mereka?

“Juga apakah kita mahu melihat ‘kecurian, rompakan dan pengubahan wang haram’ dengan jumlah keseluruhan AS$7 bilion itu hilang begitu sahaja. Bukankah ini wang rakyat yang sewajarnya dipulangkan kepada rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, saman sivil DOJ, penutupan dua bank asing di Singapura dan hukuman terhadap pegawai bank terbabit, siasatan bank oleh pihak berkuasa Switzerland itu membuktikan kemungkinan wujudnya rangkaian pengubahan wang haram dana 1MDB.

“Malah, tindakan Suruhanjaya Penyeliaan Sektor Kewangan Luxembourg (CSSF) menghukum bank swasta Edmond de Rothschild kerana  kelalaian peraturan dalam hubungan dengan pengubahan wang haram membabitkan urusniaga 1MDB.

“Juga membuktikan ada yang tidak kena dengan 1MDB dan ini urusan negara mereka cuma membabitkan syarikat dari Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, Bersatu Terengganu melihat kenyataan pemimpin Umno-BN bahawa wujudnya campur tangan asing dalam kes 1MDB disokong Pas sebagai satu strategi politik menakutkan rakyat untuk berdepan PRU14.

“Dengan kedudukan di mana rakyat semakin berang dengan tekanan sara hidup dan kerajaan gagal menanganinya dengan baik, faktor ancaman luar adalah strategi dipilih untuk tambat penggundi agar menang dalam pilihan raya.

“Harapan mereka ialah apabila ancaman luar dilihat akan menggugat keselamatan negara, rakyat akan bersatu kembali dan mempertahankan kerajaan. Sekarang ini Pas nampaknya turut terpengaruh dan terperangkap dengan taktik jahat BN-Umno ini,” katanya.

Beliau berkata, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa mereka yang mahu orang asing campur tangan dalam hal ehwal Malaysia untuk mendapat keuntungan politik sebagai  ‘tidak beriman dan budiman’ adalah suatu hukuman rambang dan ‘preemptive’ yang tersasar.

“Saya jangka beliau (Abdul Hadi) tidak mendapat maklumat yang tepat atau pun hanya bersumberkan pimpinan atasan Umno-BN khususnya PM.

“Jangan kelirukan minda rakyat yang mahukan kebenaran dengan putar belit kononnya wujud ancaman daripada negara asing yang mahu mencampuri urusan dalam negara melalui 1MDB.

“Janganlah menakut-nakutkan rakyat dengan kononnya wujud ancaman luar pada ketika kerajaan Umno-BN gagal menangani isu 1MDB, termasuk mendedahkan kepada umum laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sehingga kini diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Menurut Razali lagi, rakyat boleh menilai dan membandingkan tuduhan DOJ dengan hasil siasatan PAC untuk mengetahui kedudukan dan apa sebenarnya berlaku dalam 1MDB.

“Itu pun jika kerajaan benar-benar telus tetapi jelas tiada ketelusan dengan sebahagian besar AJK PAC di lantik ke kabinet di penghujung siasatan.

“Sepatutnya Presiden Pas lebih tegas meminta kerajaan mendedahkan laporan itu kepada umum selain melihat kekekangan maklumat dalaman terlebih dahulu seperti laporan PAC ini, sebelum menuduh pihak luar campur tangan dalam isu 1MDB ini,” katanya.

Dalam masa sama, Razali berkata, Pejabat  Peguam Negara, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia perlu lebih agresif dan proaktif dalam menyiasat kes 1MDB ini.

“Dengan membiarkan kes ini berlanjutan dan dengan pendedahan semakin  banyak di luar negara, kerajaan akan semakin terhimpit dan terpaksa meminta pihak lain seperti Pas untuk membantu menyokong mereka.

“Yang pasti bantuan seperti ini tidak akan ke mana-mana kerana akhirnya rakyat akan menilai kepada banyak fakta mengenai 1MDB yang masih dirashiakan.

“Selain itu pelaku-pelaku penting  dalam kes ‘kecurian dan pengubahan wang haram’ seperti Jho Lho masih bebas tanpa sebarang tindakan,” katanya.

– SH

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sfTneU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.