Hi! Welcome Back and Stay Tune! JPJ T’ganu Keluarkan 781 Notis Saman Kepada Penunggang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JPJ T’ganu Keluarkan 781 Notis Saman Kepada Penunggang

KUALA TERENGGANU –  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan 781 notis saman dalam tempoh dua hari Ops Khas Motosikal yang dilaksanakan serentak di beberapa daerah sejak Khamis.

Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata kebanyakan saman melibatkan kesalahan tiada lesen memandu, selain lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

“Operasi khas ini dijalankan di Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun dan Besut,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu, di sini awal pagi tadi.

Operasi itu dijalankan bersama polis, imigresen dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Operasi malam tadi turut menyaksikan dua warga Myanmar berumur dalam lingkungan 40-an ditahan. 

“Mereka ditahan kerana tiada lesen memandu selain cukai jalan tamat tempoh dan pemeriksaan lanjut imigresen mendapati  mereka tinggal lebih masa di sini,” katanya.

Beliau berkata  AADK pula menahan dua daripada 37 penunggang dan pembonceng motosikal yang diperiksa  selepas didapati positif mengambil bahan terlarang.  – BERNAMA

 

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s63GT6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.