Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerana Taksub Dan Berjumpa 'Bomoh Temberang' Untuk Tilik Nombor Dan Buang Sial, Rakyat Malaysia Rugi RM2.7 Juta Ditipu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerana Taksub Dan Berjumpa 'Bomoh Temberang' Untuk Tilik Nombor Dan Buang Sial, Rakyat Malaysia Rugi RM2.7 Juta Ditipu


Gara-gara terlalu taksub dengan amalan tahyul dan syirik untuk meramal sesuatu yang tak pasti, menyebabkan ramai rakyat Malaysia menjadi mangsa penipuan 'bomoh temberang' di mana sebanyak RM2.7 juta kerugian telah direkodkan akibat ditipu bomoh sejak Januari hingga Mei tahun ini, lapor Kosmo!.

Berita Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dalam satu kenyataan berkata, sikap mudah percaya dengan bomoh dan tamak sebagai punca berlakunya penipuan “puluhan ribu ringgit,”.

“Kebanyakan mangsa terpedaya dengan dorongan suspek yang menggunakan pelbagai taktik bagi memancing mereka kononnya mampu membuang sial, mengubati penyakit serta tidak kurang juga percaya ramalan bomoh untuk memenangi nombor ekor,” kata Datuk Chong Mun Ping yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah dan Komplot Pemalsuan.

Bagi lima bulan pertama,sebanyak 64 kes melibatkan mangsa dari pelbagai agama dan kepercayaan direkodkan di mana Johor merupakan negeria paling tinggi dengan 15 kes, manakala Selangor pula mencatatkan jumlah kerugian tertinggi sebanyak RM423,585.

Beliau yakin diluar sana banyak lagi kes penipuan berlaku dan menggesa orang ramai tampil dan tidak malu membuat laporan jika ditipu.

Tahun lalu, sebanyak RM6.10 juta kerugian direkodkan melibatkan 156 kes dengan 53 tangkapan. - Siakapkeli.my



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tn0aZf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.