Hi! Welcome Back and Stay Tune! Khairy Ucap Takziah Atas Pemergian Weigang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Khairy Ucap Takziah Atas Pemergian Weigang

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini mengucap takziah atas pemergian bekas jurulatih kebangsaan, Karl Heinz Weigang yang meninggal dunia di Jerman, difahamkan akibat serangan jantung.

Menurut beliau, pemergian Weigang, 81, sebagai satu kehilangan besar yang dirasai oleh arena bola sepak tanah air dan antarabangsa.

“Weigang merupakan seorang jurulatih yang terkenal di rantau ini terutama sekali di Malaysia dan pernah memberi khidmat di negara kita. Pemergiannya sudah pasti akan dirasai dalam dunia bola sepak negara.

Saya ucapkan takziah kepada keluarga beliau,” katanya pada sidang media selepas Dialog TN50 bersama warga sukan di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, di sini hari ini.

Weigang yang berasal dari Jerman, mengukir nama dalam arena bola sepak Malaysia apabila berjaya membimbing skuad kebangsaan melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow 1980, namun Malaysia menarik diri sebagai protes terhadap Rusia yang bertindak menyerang Afghanistan.

Di bawah bimbingannya juga, Perak muncul juara Piala Malaysia edisi 1998 dan 2000.

Weigang kembali membimbing skuad The Bos Gaurus selaku ketua jurulatih dan ketua pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) tahun lepas, namun menamatkan kontraknya pada Februari tahun ini susulan prestasi tidak menentu skuad Perak. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rWepTd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.