Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mati main mercun, penjaga kanak-kanak berdepan tindakan - Rohani - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mati main mercun, penjaga kanak-kanak berdepan tindakan - Rohani

KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim hari ini melahirkan kekesalan atas kematian seorang kanak-kanak akibat bermain mercun di sini baru-baru ini dan mahu tindakan tegas diambil terhadap yang berkenaan.

"Saya ingin maklumkan kes ini dalam siasatan polis di bawah Akta Kanak-Kanak (Kecuaian Ibu Bapa). Kita akan bertegas untuk ambil tindakan di atas pengabaian kerana membiarkan anak bermain seorang diri tanpa pengawasan orang dewasa atau ibu bapa," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini.

Mengulas lanjut, Rohani berkata beliau akan membawa kes itu untuk dibincangkan dalam Majlis Kanak-Kanak Malaysia yang dijangka bermesyuarat selepas sambutan Aidilfitri.

"Dalam pada itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat bersedia untuk memberi kaunseling kepada ibu bapa serta ahli keluarga adik Haiqal Hakim, mereka mungkin masih trauma dengan insiden tersebut," katanya.

Dalam kejadian tengah malam Ahad itu, seorang murid tahun enam maut akibat kecederaan di kepala selepas berlaku letupan kuat ketika dia bermain mercun di Kampung Bintawa Hilir, dekat sini.

Kejadian berlaku kira-kira 2.15 tengah malam ketika Haiqal Hakim Zolpaka, 12, bermain mercun seorang diri di luar kediaman ibu bapanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2thOw23

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.